Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - 15 Aug 2017

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Kelantan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).



Jawatan:


1. EKSEKUTIF PEMASARAN


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada  : 15 Ogos 2017 (Selasa)




Jawatan Kosong Terkini 2017 di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)



Pengenalan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.

PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK didokong oleh 15 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn Bhd, Kifaalah Sdn Bhd, Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, Air Kelantan Sdn Bhd, Majaari Services Sdn Bhd, Sihhat-Afiat Sdn Bhd, Nutrifera Marketing Sdn Bhd, PMBK Az-Zahab Sdn Bhd, Baldah Toyyibah (Prasaranan) Kelantan Sdn Bhd, Kel-Intaaj Sdn Bhd dan Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd.

Moto, ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.

Previous Post Next Post