Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lipis - 14 Aug 2017

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) termasuklah Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di dalam pentadbiran Majlis Daerah Lipis



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19

2. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19


Tarikh tutup permohonan : 14 Ogos 2017 (Isnin)







Latar Belakang

Majlis Daerah Lipis ditubuhkan pada 1 Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh.

Dari segi sejarahnya Majlis Bandaran Kuala Lipis pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau ‘Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan ini sehinggalah penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982.

Slogan Majlis Daerah Lipis ialah "Bersih" yang membawa maksud bersih dalam pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan.

"Organisasi Yang Bersih, Bandar Dan Persekitaran Yang Bersih, Masyarakat Yang Bersih"

Previous Post Next Post