Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan - 24 Nov 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan - 24 Nov 2016

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap Pegawai Penguat kuasa atau terhadap sesuatu Agensi Penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini.



Jawatan:


1. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (TETAP)



Syarat Lantikan:

(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Diskripsi Tugas:

Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan operasi am, penyampaian surat/dokumen/saman/notis dan tugasan pemanduan kenderaan.



Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my atau melalui link di bawah


2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ SijilSijil/Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;

3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan

4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi
(LNPT) yang terkini.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 November 2016


*Sila baca dahulu maklumat iklan dan syarat kelayakan melalui link yang admin sediakan di bawah.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini



Latar Belakang EAIC

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan - 24 Nov 2016"

Post a Comment