Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 5 Dec 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 5 Dec 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam jawatan seperti berikut:



Jawatan:


1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU TADIKA ISLAM) S19 - 2 Kekosongan


Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah ; dan

- Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,352.00]; atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,408.40]; atau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,464.80]; dan

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan yang boleh diperolehi dengan melayari laman web MAIWP di http://www.maiwp.gov.my

ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan

a. Salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, Sijil-sijil akademik bagi kelayakan yang disyaratkan dan sijil berhenti sekolah.

b. Gambar berukuran passport

c. Resume


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh tutup permohonan : 05 December 2016


Latar Belakang MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 5 Dec 2016"

Post a Comment