Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 13 Dec 2016

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR N41


2. PERANCANG BAHASA S41


3. PENOLONG PERANCANG BAHASA S29


4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19


5. PEMBANTU OPERASI N11


6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11



Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP (Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99). Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP
di http://www.dbp.gov.my atau melalui link di bawah:


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Tarikh tutup: 13 December 2016

Jika tidak dapat muatturun melalui link di bawah, sila pergi ke Laman Web DBP (klik sini) dan pilih Tawaran Kerja Kosong. Boleh rujuk pada gambar di bawah.


Jawatan Kosong Terkini 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)



Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.


0 Response to "Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 13 Dec 2016"

Post a Comment