Jawatan Kosong di Cruise Tasik Putrajaya - 24 Nov 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Cruise Tasik Putrajaya - 24 Nov 2016

Bagi memenuhi aspirasi untuk menjadi produk pelancongan yang terbaik di Putrajaya, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menguruskan Cruise Tasik Putrajaya, sedang mencari calon-calon yang kreatif dan berinovasi untuk mengisi kekosongan jawatan dengan syarat dan kelayakan seperti berikut:




Jawatan:


1. JURUTERA PENYELENGARAAN BANGUNAN/FASILITI


Skop Kerja dan Tanggung Jawab:

• Membantu Pengurus Penyelenggaraan dalam merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan/fasiliti yang antara lain melibatkan:

- kerja-kerja penyelenggaraan berjadual; dan

- Kerja-kerja trouble shooting.

• Memantau kerja-kerja kontraktor penyelenggaraan;

• Menyedia dan mengemukakan Laporan Mingguan/Bulanan dan lain-lain laporan yang berkaitan dengan penyelenggaraan;

• Menguruskan perolehan peralatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyelenggaraan (sebut harga/tender);

• Memantau dan melatih pekhidmat teknikal (Juruteknik/Pembantu Teknik) dalam aspek-aspek yang
berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan/fasiliti.


Kelayakan:

• Sekurang-kurangnya Ijazah Kejuruteraan M&E dari IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

• CGPA tidak kurang dari 3.00.


Pengalaman:

• Calon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang penyelenggaraan bangunan/fasiliti akan diberi keutamaan.


Lain-lain keperluan:

• Sihat tubuh badan dan mempunyai BMI yang normal.

• Sanggup bekerja lebih masa selepas waktu pejabat/hujung minggu/Cuti Umum/bekerja mengikut shift.

• Mempunyai kenderaan sendiri.



Cara Memohon:


Sekiranya anda memiliki kriteria-kriteria yang kami cari dan bersedia untuk bekerja dengan penuh dedikasi ke arah merealisasikan aspirasi kami, sila hantarkan resume ke hr@cruisetasikputrajaya.com dengan menyatakan jawatan yang dipohon di bahagian subjek e-mel.


Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.


Tarikh Tutup Permohonan: 24 November 2016 (Khamis)


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Cruise Tasik Putrajaya


About Cruise Tasik Putrajaya

CTP has hosted visitors since its official launch on 30 August 2003 by then Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad. As the sole cruise service provider in Putrajaya, CTP serves to complement the city’s tourism appeal, allowing visitors to see and marvel at the stunning sights and more than 20 Putrajaya landmarks from a unique perspective. Set sail with us and enjoy the magnificent view that includes the iconic Putra Mosque, Seri Wawasan Bridge and Perdana Putra (Prime Minister’s office). We offer sightseeing tours on board our traditional handcrafted perahu (gondola) as well as air-conditioned cruise boats with dining option. Apart from the regular boat tours, private boat charter and venue rental are also available.

0 Response to "Jawatan Kosong di Cruise Tasik Putrajaya - 24 Nov 2016"

Post a Comment